JOM Klik-Klik

Tuesday, June 28, 2011

1st GIVEAWAY - KENANGAN SEWAKTU BERSALIN




Klik Banner To Join
Tarikh tutup 29hb Jun 2011 (birthday baba)

saya nak tag :



Mlm sebelum lahirkan Kyra, saya call ummi bgtau seluar dlm basah sbb kuar air warna putih sjk ptg lagi. Tp tak bykla. Kuar ckit2. Ummi kata tu air ketuban. So ummi suggest saya call hosp tempat nak bersalin. Masa tu tak rasa sakit, tp dlm hati rasa cam was2 samada tu keputihan atau air ketuban. Utk hilang rasa was2 saya pun call kwn baik saya, Nurul. Nurul pun katakan perkara yg sama mcm ummi. Mmg sah tu air ketuban. Slps call KPMC, nurse mtk kami dtg ke hosp mlm tu jugak. Pas mkn mlm dan solat isyak, kami pun packing brg masing2. Dlm hati mmg dah rasa mlm tu mesti admitted. B pun dah start rasa panik dan excited. Pas register, kami pilih family room package for 3 days 2 nite. Dlm 10 min, doktor Mimi pun dtg check bukaan. Doctor Mimi bgtahu bukaan masih lum buka dan baby ok. Then doc bagi satu injection. Kata doc injection tu utk cepatkan bukaan. Dan klu kuar darah mlm tu, bermakna kontraksi akan bermula. Berdebarnya hati saya masa tu. Yela 1st time saya lalui saat2 ini. Mcm2 perasaan bermain di fikiran saya. Mlm tu saya tak dpt pejamkan mata. Rasa takut, panik, berdebar, risau, excited bermain2 di fikiran. Hubby dah lama terlena. Lebih kurang jam 3am, saya terasa nak buang air. Masa tu perut pun rasa sakit. Disbbkn Saya tak bole nak imbangkan bdn krn perut besar dan boyot ke depan, saya kejutkan B mtk bangunkan saya. Pinggang pun dah start rasa sakit. Masa nak plush tu, nmpk 2 titik darah. Patutla sakit rupanya drh dah kuar.

Keesokannya jam 7am nurse dah dtg pasangkan CTG kat perut saya dan check tekanan darah. Nurse kata tekanan darah saya tinggi. Ehehe... tak penah2 darah tggi. Rupanya perasaan takut menyelubungi saya ketika itu. Patut ler darah naik... Masa Bfast saya takde selera nak mkn. Tak tahu knp mgkin sbb rasa takut tak hilang lg kot ataupun makanan tak sedap. Entahle... B tlg saya abiskn bihun tuh.. Pas tu nurse dtg lagi check CTG dan tekanan darah. Still tekanan darah tggi lg. Dlm 10am doktor Mimi dtg check bukaan baru 2cm. Doc kata bila dah 3cm dia akan pecahkan water bag. Dlm kul 10.30am dtg lagi dan check bukaan 3cm. Doc Mimi terus pecahkan water bag. Abis lencun satu katil. Air terasa panas dan mengalir deras mcm air paip. Tp saya masih belum rasa sakit. Nurse yg dtg jenguk byk kali tanya "Ada rasa sakit ke" Stp kali mereka tanya, saya akan mengelengkn kepala. Slps lunch, Doc Mimi masuk utk check bukaan. Baru buka 4cm. Nurse suruh saya tido sblm delivery. Wlpn mata ngantuk, tp sy masih tak dpt lelapkan mata. Perasaan berdebar masih menyelubungi saya.

Dlm kul 3pm sorang nurse masuk dan check mesin CTG tgk graf dah turun naik bermakna kekerapan kontraksi. Doc Mimi check bukaan dah 5cm. Terus Doc Mimi arahkan nurse tolak saya ke dlm laboor room. Masa dlm laboor room, Doc Mimi ajar saya cara push yg betul. 10 min kemudian, saya dah mula rasa sakit. Kekerapan kontraksi masa tu selang 2 min. Ya Allah sakitnya tak tertanggung, tak bole nak explain mcm mana rasanya. Dlm otak masa tu fikir sakit je, tak dpt nak control sakit tu. 30min slps tu saya rasa mcm nak buang air besar... Saya siap jerit lagi dlm tu. Saya tak sedar saya bole tercakap "Doktor saya nak buang air besar" kelam kabut doktor dan nurse dtg. Rupanya kepala baby dah nak kuar. Patutla saya terasa mcm ada benda keras kat bawah tu... Doc Mimi suruh saya push... dlm panik tu saya cuba push tp doc kata cara saya salah. Doc suruh saya push mcm yg dia ajar tadi. Mujurla hubby kat sebelah tlg angkatkan kepala saya masa push. Klu salah push takut kepala baby masuk ke dalam semula. Tgh2 push tu, saya bole terhenti skjp sbb dah takde tenaga nak push. Doc Mimi mtk saya cuba push sekali lagi. "Syima, push lagi ckit, kepala baby dah nak nmpk nie" Riuh rendahla suara doc, nurse dan hubby dlm labour room tu suh saya push... Saya dgr doc Mimi arahkan nurse ambik vacuum. Masa Doc guna vacuum tarik kepala baby kuar saya pun pushla sekuat hati... maka tepat 3.52pm, kedengaranla suara baby menangis.

Satu lagi dugaan buat saya, doc Mimi kata uri saya melekat. Masa tu saya tak berpeluang nak dakap baby sbb doc Mimi dah bius saya utk keluarkan uri dgn segera. Klu lambat bertindak kemungkinan berlaku pendarahan yg teruk. Jantina baby pun doc Mimi tak sempat bgtahu sbb masa tu doc perlu selamatkan saya dulu secepat mgkin. Mata saya pun dah mula lalok. Tp telinga saya dpt dgr stp butir bicara doc dan nurse. Dlm samar2 tu saya sempat gak tgk nurse bawa baby keluar utk di bersihkan.
Jam 5.10pm saya dah mula sedar. Hubby kat sebelah senyum pandang saya. Hubby bgtahu "Baby girl la sayang". Then nurse tolak saya masuk dlm wad semula. Hubby plak pergi ke nursery room utk ambil baby kami. Saya pun mulala sms kawan2 dan sedara mara berita kelahiran bayi sulung kami. Masa kali pertama lihat wajah baby saya terasa haru.. dlm hati berkata "Ya Allah comelnye baby yg engkau kurniakan padaku.. sebiji rupa suamiku.. terima kasih ya Allah..." Tp saya tak berdaya nak pegang baby. Bdn terasa letih ketika itu. Kesan jahitan masih terasa sakit... Alhamdulilah saya selamat bersalin walaupun berlaku komplikasi yang mencemaskan.


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com